Haloba UMNO Lebih Bahaya Pada Orang Melayu 
Daripada Orang Cina

Oleh Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com/)- Laman M@RHAEN

 
 
 



 
 
 
 
 
 

NOTA EDITOR: Hairan mengapa PERKASA menyalahkan Tan Ka Siong dan mahukan Tan Kia Song di tahan ISA. Bukan Kia Song yang hilangkan duit FELDA berjumlah RM3-8 billion.

PERKASA mahu membela sifat haloba UMNO yang merompak syarikat 100% milik orang Melayu yang menjaga kepentingan peneroka2 FElda yang rata2 orang Melayu. Jelas, PERKASA tidak hairan dengan nasib orang MElayu. Mereka lebih suka mempertahan perangai haloba UMNO dan kroni2 mereka dari membela orang Melayu sendiri.

Bagi saya, sikap haloba UMNOPUTRA dan kroni mereka JAUUUHHHH lebih bahaya kepada orang Melayu dari kaum Cina yang ada di Malaysia. Malahan, dgn orang Cina, kita boleh berniaga dengan mereka. Dengan melayu UMNO, kita hanya jadi mangsa rompakan dan haloba mereka.
 

    Suara Perkasa: Tahan Ka Siong bawah ISA
    Zulaikha Zulkifli & Puteri Aida Haryani Jun 30, 10 4:44pm

    Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA".

    Dengan terbitnya Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila tabloid yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok.

    Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka.

    "Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur.

    Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

    Suara Perkasa dijadual terbit setiap 1 dan 15 haribulan.

    Kemunculan akhbar itu mengakhirkan penantian pelbagai pihak selepas PERKASA mengedarkan edisi pengenalannya dalam mesyuarat agung pertama mereka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

    Pada mulanya, dia dilaporkan akan berada di pasaran pada 1 Mei.

    Dalam laporan sulungnya, Suara Perkasa memetik Abdul Rahman sebagai mendesak Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa mara.

    Beliau dilaporkan berkata, jika Wee enggan meminta maaf, PERKASA akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang.

    Dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam akhbar itu, Abdul Rahman juga berkata Wee tidak layak menjadi timbalan menteri pelajaran kerana didakwa membangkitkan isu sensitif.

    "PERKASA juga menggesa kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA," kenyataan yang disiarkan penuh dalam akhbar itu dipetik.

    Siaran muka depan isu itu menggambarpan 'perang' berterusan antara NGO pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu dengan Wee sejak penghujung bulan lalu berhubung isu biasiswa MARA.

    Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia.

    Perdebatan isu itu turut mengheret Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang tampil mempertahankan Wee, sekali gus mengkritik Ibrahim.

    Sementara itu, Ketua Pengarang Suara Perkasa Daud Ibrahim pula berkata, akhbar itu diterbitkan atas kehendak akar umbi.

    "Kita tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana akhbar yang ada. Kalau bersaing pun, ianya bersaing dengan cara yang baik," katanya.
 

http://www.malaysiawaves.com/2010/07/haloba-umno-lebih-bahaya-pada-orang.html
 


 

01.07.2010


Laman Marhaen

Reka Lencana Anda
Hantar artikel ini kpd sahabat: