![]()
Batik 1 Malaysia untuk siapa?
Oleh: Anak Sungai Derhaka - Laman M@RHAEN
![]()
![]()
Najib akan dapat baju batik yang terbaik. Dan, yakinlah baju batik 1 Malaysia terbaik untuk Najib adalah percuma. Ya, percuma kerana baju itu dibiayai dengan wang kerajaan. Dan, fahamilah wang kerajaan adalah wang kita.
Batik 1 Malaysia untuk siapa?
Zolkharnain AbidinSekumpulan model dilaporkan memperaga baju batik 1 Malaysia kepada Najib di pejabatnya. Najib pula bersetuju dengan beberapa corak batik
yang diperagakan itu.
Penting sangatkah baju batik 1 Malaysia ini sehingga perlu diperagakan di hadapan Najib di pejabatnya?
Sekumpulan model perlu datang ke pejabat PM dan berbaju batik 1 Malaysia untuk dipilih oleh Najib. Najib pula bersedia meluangkan masanya untuk ‘menjadi’ hakim memilih baju batik 1 Malaysia yang hatinya berkenan.
Bahasa mudahnya, Najib jadi hakim ‘pertunjukan fesyen’. Tentu lebih menarik kalau Najib bawa kamera sekali ketika itu dan di sisinya pula ada Rosmah. Pertunjukan fesyen itu tentu lebih meriah.
Ketika harga barangan keperluan melambung, ketika ibu bapa dibebankan dengan bayaran yuran persekolahan (kelmarin anak saya minta RM50 untuk bayar yuran sekolah rendah), ketika ramai lepasan pusat pengajian tinggi tidak punya pekerjaan, Najib masih ada masa untuk menjadi hakim pertunjukan fesyen di pejabatnya.
Kemudian, Najib bakal jadi orang pertama berbaju batik 1 Malaysia itu.
Terubatkah luka rakyat, terleraikah derita mereka dengan baju batik itu? Bermaknakah baju batik itu kepada rakyat miskin? Tersapukah air mata anak-anak terpinggir dengan kemeriahan warna baju batik itu?
Inilah pemimpin kita. Ketika rakyat terbanyak sedang bergelut dengan seribu kepahitan untuk meneruskan hidup, pemimpin mereka masih ada masa untuk tampil sebagai hakim ‘pertunjukan fesyen’.
Baju batik yang dipilih Najib itu dipilih untuk dirinya sendiri bukan untuk rakyat kerana dia bakal menjadi orang pertama menggayakannya.
Bacaan seterusnya di sini:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/02/batik-1-malaysia-untuk-siapa.html
06.02.2010
M@RHAEN Twitter Updates
Follow M@RHAEN on Twitter
Laman Marhaen
Reka Lencana Anda![]()