Isu Melayu Pulau Pinang…..
Pembelaan atau Periuk Nasi?

Oleh: Anak Sungai Derhaka - Laman M@RHAEN

 
 
 



 
 
 
 
 

Benarkah Umno ingin mendapatkan pembelaan atau membela orang Melayu Pulau Pinang?…kenyataan ini harus diperhalusi oleh semua umat Melayu di negara ini khususnya di Negeri yang Umno pernah ‘jajah’ dahulu.

Umno telah lama menguasai negara ini hinggakan doktrin bahawa Umno-BN adalah Kerajaan dan Kerajaan itu adalah Umno-BN terus menerus digunapakai. Sesiapa yang menentang BN adalah pembangkang dan dianggap sebagai musuh Kerajaan.

Tetapi penguasaan penuh BN sebelum ini ternyata gagal dimanfaatkan bagi membantu orang Melayu khususnya di Pulau Pinang, Wilayah Utara dan Pantai Timur. Masyarakat Melayu masih lagi ketinggalan dibelakang kaum Cina dan India. Kegagalan ini tidak pernah di lihat rakyat kerana mereka dikelabui dengan pembangunan mega yang akhirnya hanya menguntungkan pemimpin dan kroni Umno. Perjuangan mereka hanyalah untuk kepentingan periuk nasi mereka bukannya untuk rakyat!

Pembangkang Memerintah, Hancur Melayu?

Kenyataan inilah yang dijual oleh pemimpin Umno Pulau Pinang dan dinegeri lain yang mereka kalah. Mereka telah kehabisan modal dan mulai menuduh bahawa pembangkang terutamanya DAP sebagai tidak patriotik apabila menidakkan Dasar DEB. PAS pula dituduh sebagai punca kepada kehancuran Melayu kerana membiarkan nasib Melayu diperjudikan dengan menyokong DAP.

Kebodohan pemimpin Umno ini cuba dialihkan kepada rakyat dengan mereka secara hakikatnya telah lupa bahawa DEB telah lama terhapus dan digantikan oleh Wawasan 2020.

Ironinya mengapa mereka melatah bila Lim Guan Eng membangkitkan soal yang telah lapuk ini..
 

Bacaan seterusnya di sini:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/02/isu-melayu-pulau-pinangpembelaan-atau.html
 

07.02.2010

Follow M@RHAEN on Twitter


Laman Marhaen

Reka Lencana Anda
Hantar artikel ini kpd sahabat: