![]()
PAMPASAN KTMB:
HORMATI PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Kenyataan Media (16 Mac 2010)
PAMPASAN KTMB:
HORMATI PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berharap Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan pampasan pengambilalihan tanah berjumlah RM37 juta yang diminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kuala Sepetang, Taiping dapat diberikan tanpa pelbagai helah.
DPPN Pk akan mempertahankan dan juga akan terus memperjuangkan hak penduduk Kuala Sepetang, Taiping berkaitan pampasan bagi tanah rizab seluas 94.5 hektar mereka. Hak mereka harus didahulukan dan bukannya mencipta pelbagai alasan untuk tidak memberikan pampasan sepertimana yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Pentadbiran Datuk Seri Zambry yang sebelum ini mengatakan telah banyak menerima pelbagai pelaburan yang besar sudah tentu tidak akan mengatakan bahawa tuntutan tersebut sebagai keterlaluan. Malah sudah tentu kemampuan yang ada terhadap pentadbirannya akan memastikan semua tuntutan pampasan tersebut dapat dijelaskan.
DPPN Pk berharap Datuk Seri Zambry tidak menolak permohonan pampasan tersebut tanpa melihat sendiri permasalahan rakyat di bawah sana. Jangan mencipta pelbagai alasan untuk menidakkan hak rakyat yang perlu dijaga. Jika sebaliknya, DPPN Pk berharap rakyat sedar akan kemampuan pentadbiran Datuk Seri Zambry yang masih bergelut dengan kemelut kelembapan ekonomi negeri.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
![]()
17.03.2010M@RHAEN Twitter Updates
Follow M@RHAEN on Twitter
Laman Marhaen
Reka Lencana Anda![]()